Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Azizah penaung baru BAM, ganti Rosmah
Diterbitkan:  Sep 20, 2018 2:43 PM
Dikemaskini: 6:46 AM

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penaung BAM yang baharu.

Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pihaknya mengalu-alukan Dr Wan Azizah sebagai penaung baharu menggantikan penaung terdahulu, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Terima kasih kepada Dr Wan Azizah kerana sudi menjadi penaung BAM dan kami di BAM berbesar hati dengan kesudian beliau.

“Kami yakin sukan badminton akan lebih menyerlah dengan adanya beliau sebagai penaung baharu menjelang Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis BAM di Akademik Badminton Malaysia, Bukit Kiara di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohd Norza berkata beliau percaya selaku individu yang bermain badminton, Dr Wan Azizah sentiasa peka dengan perkembangan badminton negara.

Beliau berharap kecekalan serta kehadiran timbalan perdana menteri wanita pertama negara itu bakal menjadi contoh kepada pemain badminton negara, jurulatih serta pegawai BAM.

Dalam masa sama, BAM turut mengucapkan terima kasih atas jasa serta pengorbanan bekas penaung sebelum ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS