Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
Tugas sukar menanti lepas dibelasah Australia 6-1
Diterbitkan:  Oct 8, 2018 4:10 PM
Dikemaskini: 8:14 AM

Malaysia berdepan laluan sukar untuk mencapai sasaran kelompok empat terbaik pada kejohanan hoki antarabangsa bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) 2018 selepas tewas dalam kedua-dua pertemuan setakat ini.

Selepas tersungkur 1-2 di tangan India pada perlawanan pembukaan Sabtu lalu, semalam Malaysia dibenam 1-6 oleh juara bertahan Australia sekali gus bermakna Malaysia perlu menang dalam pertemuan menentang New Zealand esok.

Pengendali skuad Nor Saiful Zaini yang mengakui hakikat itu, berkata pasukan negara hanya ada hari ini untuk membaiki kelemahan sebelum perlawanan esok.

"Dari segi pertahanan kita terutama (bila berdepan) pukulan sudut penalti tidak berapa bagus dan saya akui semasa berhadapan dengan Australia, pertahanan kita tidak berapa bagus.

"Selain itu, banyak yang perlu kita perbaiki termasuk dari segi taktikal. Fitness kita tidak berapa baik dan ada masa kita main bagus adakalanya tidak," katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Australia lewat malam semalam.

Bagaimanapun menurut bekas pemain kebangsaan tersebut, kejohanan itu sendiri merupakan satu platform untuk anak buahnya menimba pengetahuan terutama pemain baharu yang pertama kali bermain dalam kejohanan antarabangsa.

Nor Saiful berkata anak buahnya memerlukan lebih banyak “kerja rumah” untuk memastikan prestasi mereka pada perlawanan menentang New Zealand esok lebih konsisten.

Hari ini merupakan hari rehat kejohanan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS