Datuk Seri Dr Wan Aziziah Wan Ismail, yang dalam rangka lawatan kerja padat sehari ke Jakarta, turut meluangkan masa bersama para atlet Malaysia yang berjuang pada Sukan Para Asia 2018.

Timbalan Perdana Menteri turut menyaksikan perlawanan badminton di Stadium Istora Senayan sebelum bertemu atlet Malaysia di situ.

Malaysia hari ini berjaya meraih pingat emas pertamanya menerusi pelari para negara, Siti Noor Lasah dalam acara 400m T20.

"Saya harap kita mendapat banyak lagi pingat emas," kata Wan Azizah.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman dan chief de mission Malaysia, Lee Seng Chow.

Malaysia menyasarkan 15 pingat emas dengan menyertai 15 daripada 18 acara sukan yang dipertandingkan.

Sukan Para Asia dirasmikan Presiden Indonesia Joko Widodo pada 6 Okt dan akan berlangsung sehingga 13 Okt ini.

- Bernama