Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Arsenal mengejar dalam diam
Diterbitkan:  Oct 23, 2018 9:18 AM
Dikemaskini: 1:20 AM

Di saat peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) bertumpu kepada persaingan Manchester City dan Liverpool - dan pada takat tertentu Chelsea - bagi kejuaraan musim ini, Arsenal dalam diam mengejar tidak jauh di belakang.

Dalam diam kerana ramai yang tidak meletakkan harapan kepada pasukan London itu susulan prestasi tidak memberangsangkan pada musim lalu sehingga menyebabkan jurulatihnya selama 22 tahun, Arsene Wenger, meletakkan jawatan.

Semalam, Arsenal mencatatkan kemenangan kesepuluh berturut-turut dengan menundukkan Leicester City dengan keputusan 3-1.

Dua jaringan hasil penyerang Pierre-Emerick Aubameyang dan satu lagi oleh Mesut Ozil. Ozil yang sebelum ini dilanda kontroversi dengan pasukan negaranya - Jerman - menjadi nadi utama kemenangan semalam.

Pasukan itu dan Chelsea kini hanya dua mata di belakang pendahulu Manchester City dan Liverpool.

Pengganti Wenger, Unai Emery yang jelas berjaya memberi nafas baru buat Arsenal bagaimanapun enggan memberi harapan terlalu awal.

Memetik laman Metro, jurulatih warga Sepanyol itu mahu anak-anak buahnya kekal fokus dengan gaya permainan yang diterapnya.

"Kemenangan ini amat penting bagi menjarakkan kedudukan dengan pasukan di belakang...dan menghampiri pasukan seperti Liverpool, Manchester City dan Chelsea.

"Tetapi bagi kami tidak penting untuk memikirkan penamatnya...Kami perlu fikir tentang perlawanan seterusnya, dan terus dengan cara sendiri," katanya seperti dipetik.

Selain EPL, Arsenal juga kini mendahului Kumpulan E Liga Europa selepas menang kesemua dua perlawanan setakat ini. Pasukan itu bakal berdepan kelab Portugal, Sporting Lisbon, Jumaat ini.

Lihat Komen
ADS