Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Pasukan gugur pemain Israel untuk kejohanan e-sukan KL
Diterbitkan:  Nov 5, 2018 4:48 PM
Dikemaskini: 8:48 AM

Sebuah kelab antarabangsa e-sukan ternama menggugurkan seorang pemain warga Israel daripada pasukannya yang bakal menyertai suatu kejohanan di Kuala Lumpur.

Pasukan Ninjas in Pyjamas yang berpengkalan di Sweden melepasi pusingan kelayakan kejohanan Dota 2, "Kuala Lumpur Major" yang menawarkan hadiah AS$1 juta.

Pasukan seramai lima orang ini mempunyai seorang pemain warga Israel, Neta Shapira yang memakai nama gelaran '33'.

Dalam suatu kenyataan hari ini, kapten pasukan, Peter Dager atau 'PPD' berkata Ninjas in Pyjamas mengambil Shapira menyertainya pada September lalu tanpa mengetahui bahawa pembangun permainan video Dota 2, Valve akan memilih Malaysia sebagai tempat kejohanan itu berlangsung.

Valve berpengkalan di Seattle, Amerika Syarikat dan merupakan penganjur utama kejohanan berprestij e-sukan dunia.

"Selepas mendapat berita kejohanan utama akan diadakan di Malaysia, kami prihatin mengenai kemungkinan Shapira mendapatkan visa.

"Saya tidak ada butiran terperinci tetapi daripada apa yang saya diberitahu, Malasia tidak begitu menghormati Israel," katanya.

Dager menjelaskan kelab itu telah menghubungi penganjur kejohanan dan Valve tanpa sebarang maklum balas.

Ninjas in Pyjamas telah mendapat pemain gantian kepada Shapira untuk menyertai kejohanan itu yang akan bermula pada 9 November ini di KLCC.

Denda guna pemain gantian

Bagaimanapun, Valve akan mengenakan denda menolak sebanyak 40 peratus markah pasukan itu dalam liga kejohanan e-sukan kerana menggunakan pemain gantian.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan memiliki sejarah tidak membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan sukan antarabangsa yang diadakan di sini.

Namun, terdapat beberapa pengecualiaan, seperti Yossi Benayoun, pemain kelab bola sepak Inggeris, Chelsea yang menyertai permainan persahabatan menentang Malaysia pada 2011 dan juga sekumpulan diplomat Israel yang hadir persidangan PBB di Kuala Lumpur pada Februari tahun ini.

Shapira bukan sahaja satu-satunya warga negara Israel yang terlibat dalam kejohanan e-sukan Kuala Lumpur Major.

Skuad Dota 2 yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Evil Genieses yang merupakan antara kelab utama pelbagai disiplin e-sukan di dunia mempunyai kapten seorang warga negara Israel, Tal 'Fly' Aizik.

Status visa Aizik untuk kejohanan tersebut masih lagi belum jelas.

Lihat Komen
ADS