Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Bardgym buka peluang peserta amatur Muay Thai tonjol bakat
Diterbitkan:  Nov 8, 2018 7:13 PM
Dikemaskini: 11:21 AM

Peserta sukan seni bela diri Muay Thai berpeluang menguji kebolehan mereka dalam Muay Thai Fight Night yang akan diadakan 14 Dis depan.

Pengurus Besar Bardgym, Mohd Badrul Insan Kauzi berkata pertandingan itu terbuka kepada peserta amatur yang belum pernah menyertai mana-mana kejohanan.

"Setakat ini, 24 peserta beberapa kelab Muay Thai dari Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur sudah mendaftarkan diri menyertai kejohanan tersebut.

"Ini kali pertama kami membuat pertandingan sebegini untuk mencungkil bakat kerana kita tahu ramai peserta di luar yang mahir selepas berlatih sekian lama namun tidak berpeluang menonjolkan kebolehan mereka," katanya pada sidang akhbar di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata hanya satu kategori dipertandingkan, 45 kilogram (kg) hingga 70kg dan terbuka kepada peserta lelaki berusia 16 tahun ke atas.

“Lima pengadil bertauliah daripada Persatuan Muay Thai Malaysia akan mengadili pertandingan berkenaan selain peserta dilengkapkan dengan alat perlindungan bagi mengelak sebarang kecederaan serius serta disediakan pasukan perubatan.

"Idea bagi menganjurkan perlawanan tersebut muncul apabila kami melihat orang ramai semakin berminat dalam seni bela diri ini selepas Khabib Nurmagomedov mengalahkan Connor McGregor dalam Kejohanan Ultimate Fighting (UFC) baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata kejohanan itu akan diserikan dengan pertunjukan daripada juara Muay Thai Pattaya, Mohamad Shaari atau lebih dikenali dengan nama Domak.

- Bernama

Lihat Komen
ADS