Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Presiden Pafa letak jawatan
Diterbitkan:  Nov 8, 2018 8:47 PM
Dikemaskini: 12:47 PM

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengumumkan meletak jawatannya yang baru disandangnya sejak Julai 2018 lalu.

Hasnul membuat keputusan itu dalam satu mesyuarat Exco Eksekutif Pafa yang diadakan hari ini.

Beliau berkata tidak menerima tekanan daripada mana-mana pihak atas keputusannya itu.

“Namun saya tidak menafikan keputusan ini juga serba sedikit disebabkan desakan daripada penyokong,” katanya, lapor Astro Awani.

Hasnul juga dipetik Astro Awani berkata beliau akan menyerahkan surat rasmi perletakan jawatan itu dalam masa terdekat.

Beliau yang juga exco Perak dan Adun Titi Serong itu menang tanpa bertanding jawatan presiden pada Kongres Pafa ke-60 bagi sesi 2018-2021.

Hasnul menggantikan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Penyokong The Bos Gaurus

Semalam, dilaporkan sekurang-kurangnya 10 kelab penyokong bola sepak The Bos Gaurus meminta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu campur tangan berhubung gesaan supaya Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim meletak jawatan.

Pada 5 November lalu, seramai 200 penyokong bola sepak Perak mengadakan protes aman di perkarangan Stadium Perak, bagi mendesak Hasnul Zulkarnain meletakkan jawatan selaku presiden kerana dianggap telah mencemarkan imej dan keunggulan Piala Malaysia.

Ini susulan kontroversi gambarnya bersama Piala Malaysia yang tular di media sosial.

Lihat Komen
ADS