Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Usah datang Stadium Nasional lagi pagi ini
Diterbitkan:  Dec 9, 2018 8:34 AM
Dikemaskini: 4:16 AM

PIALA AFF | FAM hari ini merayu orang ramai supaya tidak lagi datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam.

Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan hari ini berkata saranan itu dibuat bagi mengelakkan penyokong Harimau Malaya kecewa.

"Berdasarkan keadaan terkini di Stadium Nasional, penyokong sedia ada beratur sejak malam tadi dan barisannya sudah mengelilingi satu stadium.

"FAM menjangkakan ia tidak dapat lagi menampung jumlah tiket yang akan dijual di kaunter tiket Pintu A dan Pintu E bermula pagi ini," katanya.

Menurut Ramalingam FAM sentiasa menghargai sokongan diberi rakyat negara ini terhadap skuad kebangsaan.

Bagaimanapun katanya FAM tidak dapat memenuhi kehendak semua penyokong dan hanya mampu menjual tiket setakat 80,000 saja untuk membolehkan mereka menyaksikan perlawanan pada Selasa ini.

"Buat penyokong yang sedang beratur di Stadium Nasional ketika ini, saya sedang berbincang dengan pihak polis untuk penyediaan bantuan keselamatan apabila proses penjualan tiket bermula nanti supaya tidak berlaku kekecohan atau sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.

Ramalingam juga berkata disebabkan penyokong sudah menunggu sejak malam tadi, FAM dan akan membuka kaunter jualan tiket lebih awal iaitu sejurus selepas polis dan petugas kaunter sudah bersedia.

Tengah malam tadi FAM sudah mengeluarkan kenyataan apabila didapati ada kira-kira 6,000 orang 'berkampung' di luar Stadium Nasional.

 

Keadaan itu berlaku walupun kaunter jualan tiket hanya akan dibuka pada jam 10 pagi ini.

"Justeru FAM berharap para penyokong dapat menjaga tertib dan disiplin supaya tidak berlaku kekecohan seperti insiden potong barisan dan sebagainya, sekali gus memberi keadilan kepada mereka yang telah pun beratur lebih awal," kata Ramalingam.

Untuk rekod kapasiti Stadium Nasional ialah 80,000 orang namun tiket yang akan dijual hari ini ialah 40,000 saja.

Baki 40,000 sudah habis dijual secara dalam talian.

Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki tahun ini menyaksikan Harimau Malaya berdepan cabaran Vietnam pada 11 dan 15 Dis ini.

Lihat Komen
ADS