Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
'Harimau Malaya, kami selalu ada...'
Diterbitkan:  Dec 10, 2018 8:52 PM
Dikemaskini: 12:52 PM

PIALA AFF | Malam esok bertempat di Stadium Nasional di Bukit Jalil, akan berlangsung detik penentuan pertama siapa yang bakal menjulang Piala AFF Suzuki 2018.

Buat skuad Harimau Malaya, ada kata-kata pembakar semangat dititipkan penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza Tarudin, buat pembakar semangat mereka.

Melalui perkongsian di Instagram, penyanyi Bagaikan Sakti itu memberi kata perangsang supaya skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu beroleh kejayaan membawa bekal gol untuk bertandang ke Hanoi pada 15 Disember ini.

“Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan anda, kejayaan kita, kejayaan Malaysia.

"Terus memberikan prestasi permainan yang terbaik di tempat kita dan di padang lawan, Vietnam,” katanya.

Selain itu, penyanyi lagu Anta Permana itu juga berkongsi lagu semangat Ultras Malaya yang sering dinyanyikan penyokong ketika Harimau Malaya berentap menentang pasukan lawan.

Terdahulu, Harimau Malaya berjaya menundukkan Gajah Perang apabila mereka seri 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Bangkok baru-baru ini.

Walaupun seri Harimau Malaya mara ke pentas final menerusi kelebihan gol di padang lawan.

Untuk rekod, ini kali keempat Harimau Malaya melangkah ke final selepas 1996, 2010 dan 2014.

Kejayaan mara ke pentas final mungkin membuka peluang buat skuad negara menjulang kejuaraan buat kali kedua selepas kali pertama memenangi perlawanan pada 2010.

 

Lihat Komen
ADS