Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
KBS tiada masalah timbangkan insentif buat Harimau Malaya
Diterbitkan:  Dec 11, 2018 5:41 PM
Dikemaskini: 9:41 AM

PIALA AFF | Kementerian Belia dan Sukan mempertimbangkan untuk memberi insentif kepada skuad Harimau Malaya sekiranya mereka berjaya menjulang Piala Suzuki AFF tahun ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim berkata pihaknya tidak berhalangan memperuntukkan insentif atas rekod dan aksi cemerlang pemain sepanjang kejohanan berkenaan berlangsung.

"Saya rasa perkara itu (insentif) tidak ada masalah, yang penting adalah kita memberi sokongan kepada pemain kita.

"Fokus kita sekarang ialah kepada perlawanan, imbuhan itu kita bincang kemudian dan saya rasa tiada masalah," katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Malaysia bakal berdepan Vietnam dalam perlawanan akhir pertama malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, sebelum bertandang ke gelanggang pasukan Naga Emas itu pada Sabtu.

Sim berharap pemain menumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan dan mampu memberi perlawanan yang terbaik malam ini.

"Matlamat utama yang ada dalam hati dan jiwa mereka adalah sama dengan seluruh rakyat Malaysia iaitu untuk berjuang habis-habisan," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS