Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mendedahkan pihaknya memerlukan dana RM3 juta lagi bagi menampung perbelanjaan mengharungi musim 2019.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, Kafa memerlukan tajaan berjumlah RM5 juta untuk menampung keseluruhan perbelanjaan skuad The Red Warriors (TRW).

Namun katanya, setakat ini Kafa hanya mempunyai dana berjumlah RM2 juta hasil tajaan merangkumi wang tunai dan barangan kelengkapan pasukan.

"Kita masih perlukan RM3 juta, jadi saya mempelawa anak-anak Kelantan atau syarikat korporat yang berminat supaya segera menghubungi Kafa.

"Dengan ruang masa yang ada ketika ini, Kafa tidak boleh berpeluk tubuh, sebaliknya perlu bekerja lebih keras untuk memenuhi nilai keperluan perbelanjaan itu," katanya pada sidang media Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan Pasukan Kelantan FA, di Kota Bharu, hari ini.

Dua syarikat nyata hasrat jadi penaja

Bibi Ramjani berkata, beliau mengakui badan induk itu perlu bekerja lebih keras mendapatkan tajaan bagi menggerakkan pasukan dalam saingan musim depan.

Bagaimanapun, beliau sekurang-kurangnya mampu menarik nafas lega apabila dua syarikat menyatakan hasrat untuk menjadi penaja utama mereka.

"Tetapi perkara itu masih lagi dalam proses perbincangan dan tiada sebarang kata putus dibuat setakat ini

"Kafa sedikit lega apabila penaja musim lalu Yakult (M) Sdn. Bhd mahu terus menaja pemain import untuk beraksi bersama Kelantan.

"Jadi, kita memerlukan dua lagi pemain import untuk melengkapkan kekuatan pasukan," ujarnya. 

Lihat Komen
ADS