Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Bangkai pesawat dinaiki Sala ditemui
Diterbitkan:  Feb 4, 2019 8:35 AM
Dikemaskini: 12:36 AM

Bangkai pesawat yang membawa pemain bola sepak Cardiff City, Emiliano Sala ditemui di dasar laut selat Inggeris susulan operasi pencarian, kata saintis marin.

Pemain berusia 28 tahun yang berasal dari Argentina itu dan juruterbangnya, David ibbotson dalam perjalanan dari Nantes di Perancis menuju Cardiff apabila pesawat itu dipercayai jatuh ke laut pada 21 Januari lalu.

Pencarian yang dibiayai secara persendirian itu bermula pada Ahad, beberapa hari selepas penyiasat mengatakan mereka mendapati dua kusyen tempat duduk di pantai Perancis mungkin milik pesawat tersebut.

"Bangkai pesawat yang membawa Emiliano Sala dan David Ibbotson telah ditemui awal pagi ini," kata saintis marin David Mearns yang mengarahkan pencarian tersebut.

Mearns berkata, Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) mengenal pasti secara visual pesawat menggunakan kenderaan yang dikendalikan jarak jauh.

"Keluarga Emiliano Sala dan David Ibbotson telah diberitahu oleh polis, AAIB akan membuat kenyataan esok," kata Mearns.

- Reuters

Lihat Komen
ADS