Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Vincent Tan tanggung kos bawa pulang mayat Sala
Diterbitkan:  Feb 9, 2019 1:43 PM
Dikemaskini: 6:00 AM

Pemilik Cardiff City, Vincent Tan menyatakan hasrat untuk menanggung kos penghantaran pulang mayat pemain bola sepak, Emiliano Sala ke Argentina.

Mayat Sala dikenal pasti Jumaat lalu selepas bangkai pesawat dinaikinya ditemui di selat Inggeris.

Pesawat malang jenis Piper Malibu itu terhempas ketika dalam perjalanan menuju Cardiff.

Penyerang itu menaiki pesawat berkenaan dari Nantes menuju Cardiff setelah melengkapkan perpindahan £ 15 juta (RM82 juta) ke kelab Liga Perdana itu apabila pesawat ringan tersebut hilang dari radar pada 21 Jan.

Bagaimanapun mayat juruterbang, David Ibbotson belum berjaya ditemui.

Vincent Tan yang juga pengasas Berjaya Group berjanji membantu keluarga Sala dan bekerjasama dengan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dalam usaha mereka untuk mengenal pasti punca kejadian.

"Semoga roh Emiliano tenang di sana. Saya secara peribadi sangat sedih atas insiden ini," kata jutawan terkenal dari Malaysia.

"Cardiff City akan terus bekerjasama dengan AAIB dan penyiasat untuk mengetahui bagaimana kemalangan itu berlaku dan untuk membantu keluarga Emiliano," kata Vincent seperti dilapor The Sun daily.

Inkues berhubung kematian Sala akan diadakan pada masa akan datang, manakala setiap pemain kelab Liga Perdana akan memakai armband hitam pada perlawanan akhir hujung minggu ini.

Lihat Komen
ADS