Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
'Mat Sabu, kementerian tak pernah taja Suwaibah'
Diterbitkan:  Feb 11, 2019 7:05 PM
Dikemaskini: 11:05 AM

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Kementerian Pertahanan tidak pernah menaja kos RM4 juta yang diperlukan Dr Suwaibah Muhammad Nasir dalam misi pelari solo itu menawan 30 menara tertinggi di dunia.

Pejabat Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya hanya menghulurkan sokongan kepada usaha itu, namun ia tidak menyebut bentuk sokongan yang dihulurkan, selain berkata pihak kementerian sedia menyokong usaha-usaha baik yang dilakukan oleh sesiapa sahaja.

“Adalah tidak adil kepada mana-mana atlet menuduh sokongan kepada Suwaibah sebagai berat sebelah sekiranya mereka sendiri tidak pernah bertemu dan mendapatkan sokongan Kementerian Pertahanan serta Menteri Pertahanan (Mohamad Sabu),” menurut kenyataan itu.

Pada 7 Feb lalu pelari solo negara Mej (K) Dr Suwaibah Muhammad Nasir dilaporkan berkata beliau memerlukan dana kira-kira USD1 juta (RM4 juta) bagi melengkapkan Jelajah Kemanusiaan Menakluk 30 Menara Tertinggi Dunia.

Beliau berkata dana itu diperlukan bagi menampung kos yang tinggi termasuk penginapan, tiket kapal terbang, permohonan visa serta perkara berkaitan bagi melengkapkan misi itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS