Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Kemenangan pertama beri semangat buat skuad Harimau Kumbang

Kemenangan pertama skuad Pulau Pinang pada saingan Liga Premier 2019 menentang PDRM di Stadium Bandaraya memberi suntikan semangat kepada pasukan itu untuk perlawanan yang akan datang.

Ketua jurulatih skuad Harimau Kumbang, Ahmad Yusoff berkata, kemenangan itu akan menjadi titik perubahan kepada pasukan itu untuk menentang Negeri Sembilan pada 24 Feb ini.

"Saya bersyukur kerana skuad Pulau Pinang berjaya meraih kemenangan pada malam ini biarpun terpaksa membuat perubahan kerana penyerang utama Ndumba Makeche cedera ketika menjalani latihan pada saat-saat akhir.

"Saya berpuas hati dengan prestasi para pemain cuma di bahagian serangan perlu ditajamkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Pulau Pinang menewaskan PDRM 1-0 menerusi jaringan penyerang Muhammad Afiq Azmi pada minit ke-29.

Ahmad berkata kemenangan pertama itu turut meredakan tekanan kepada pemain, jurulatih dan pihak pengurusan skuad Harimau Kumbang.

Sementara itu, ketua jurulatih pasukan PDRM, Mohd Fauzi Pilus berkata, pihaknya kurang berpuas hati dengan prestasi anak buahnya terutamanya pemain import dari Korea, Chang Hoon Lee yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang.

- Bernama

Lihat Komen
ADS