Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Riyadh nafi MBS bercadang mahu kuasai MU
Diterbitkan:  Feb 18, 2019 4:57 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

Arab Saudi menafikan laporan yang mendakwa putera mahkota negara itu, Putera Mohammed Salman merancang untuk membeli kelab bola sepak Manchester United (MU), lapor agensi berita Turki , Anadolu.

"Laporan mengatakan Putera Mahkota Mohammed bin Salman berhasrat membeli MU adalah tidak benar," ciap Menteri Penerangan Arab Saudi, Turki Al-Shabaneh, di Twitternya.

Beliau berkata kelab British itu mengadakan pertemuan dengan Dana Pelaburan Awam (PIF) Saudi adalah untuk membincangkan peluang penajaan.

"Tiada sebarang perjanjian diadakan," katanya.

Akhbar British The Sun sebelum ini melaporkan Putera Mahkota itu telah berunding untuk mengambil alih kelab dengan harga £3.8 bilion.

MU dimiliki keluarga Glazer yang juga pemilik Tampa Bay Buccaneers, sebuah pasukan bola sepak profesional AS berpusat di Tampa, Florida.

PIF ditubuhkan pada 1971 untuk menyokong projek yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi Saudi.

Ia adalah dana ke-10 terbesar dunia dengan nilai AS$360 bilion, menurut Institut Dana Kekayaan Negara (SWFI).

- Bernama

Lihat Komen
ADS