Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
2 laporan polis dibuat isu gaji, kontrak pemain Perlis
Diterbitkan:  Feb 25, 2019 7:21 PM
Dikemaskini: 11:26 AM

Dua lagi laporan polis dibuat oleh pemain bola sepak Perlis berhubung pengurusan gaji dan kontrak pemain

Salah satu laporan yang dibuat di balai polis Kangar itu mendakwa gaji pemain bagi Mac 2018 telah dipotong RM300 tanpa persetujuan mereka.

Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd berkata, pengadu mendakwa dimaklumkan bahawa pemotongan berkenaan bagi mambantu Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) membayar barisan jurulatih dan dijanjikan akan dibayar semula oleh persatuan.

Bagaimanapun, pemain berkenaan mendakwa sehingga kini belum mendapat bayaran balik pemotongan itu.

Noor Mushar juga memaklumkan bahawa pemain itu turut mendakwa tiada potongan KWSP bagi gaji mereka seperti yang tercatat dalam slip gaji pengadu.

Sementara itu, laporan kedua yang dibuat di balai polis sama mendakwa kontrak pemain Perlis tidak ditandatangani oleh presiden PFA.

Dakwaan terbaru melibatkan PFA ini hadir tidak sampai seminggu selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membatalkan penyertaan pasukan Perlis dalam Liga Malaysia (Liga M) bagi musim ini kerana tidak memiliki jaminan kukuh daripada struktur kewangan.

Media sebelum ini juga turut melaporkan kemelut kewangan Perlis dengan beberapa pemain tampil mendakwa gaji mereka tidak dibayar selama tujuh bulan.

Malaysiakini sudah menghubungi PFA untuk mendapatkan ulasan dan masih menunggu balasan.

Lihat Komen
ADS