Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
Ketegangan antara Sarri, Arrizabalaga cuma 'salah faham'
Diterbitkan:  Feb 25, 2019 8:57 PM
Dikemaskini: 12:57 PM

Ketegangan di antara Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri dengan penjaga golnya, Kepa Arrizabalaga, diredakan melalui kenyataan rasmi dibuat kelab berkenaan hari ini.

Menurut Chelsea, apa yang berlaku cuma salah faham.

Namun berdasarkan rakaman video insiden itu jelas kelihatan Sarri naik angin apabila keputusannya mahu menggantikan Arrizabalaga tidak tercapai gara-gara pemain dari Sepanyol itu enggan meninggalkan posisinya.

Ketika itu Chelsea sedang berdepan dengan Manchester City dalam perlawana akhir Piala Carabao di Stadium Wembley.

Terdahulu Arrizabalaga mengalami kekejangan sebanyak dua kali.

Rakaman perlawanan itu jelas menunjukkan Sarri menjerit berkali-kali mengarahkan Arrizabalaga keluar. Malah pada satu ketika dia kelihatan berjalan menuju ke arah bilik persalinan sebelum berpatah balik ke tepi padang.

Ramai menggangap tindakan Arrizabalaga mengingkar arahan Sarri itu sebagai biadab serta mencalarkan imej kelab bola itu di depan peminat sendiri.

Salah seorang pemain senior Chelsea, David Luiz, menggangap tindakan Arrizabalaga sebagai kurang ajar dan menasihati rakan sepasukannya agar tidak mengingkari Sarri.

Bekas kapten Chelsea, John Terry, juga berpendapat ianya sangat “menarik” jika Arrizabalaga masih diturunkan Sarri ketika mereka menentang seteru tetangga London, Totenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris Khamis ini.

Bekas pemain England, Chris Sutton, pula mendesak supaya penjaga gawang Chelsea itu tidak lagi diberi peluang untuk beraksi selepas ini sebagai pengajaran.

“Arrizabalaga tidak harus diberi peluang beraksi kembali dan ini sepatutnya menjadi perlawanan terakhir dia bersama Chelsea.

"Dia memalukan kelab dan saya tidak pernah lihat situasi sebegini,” tambah bekas penyerang Chelsea itu.

Tindakan tidak professional ini juga telah menjadi salah satu sebab Chelsea tewas 3-4 kepada pasukan lawan Manchester City pada penentuan penalti selepas permainan berakhir seri tanpa jaringan sehingga minit ke-120.

Sementara itu selepas perlawanan berakhir Arrizabalaga mendakwa dia tiada niat untuk mengingkar keputusan Sarri.

Lihat Komen
ADS