Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Rajagobal yakin PKNS FC mampu buat kejutan di Darul Aman

Pengendali PKNS FC, K.Rajagobal yakin skuad PKNS FC mampu membuat kejutan apabila bertandang ke Stadium Darul Aman, Alor Setar, bagi pelawanan menentang Kedah pada suku akhir kedua Piala FA pada 10 Mei ini.

Katanya, pemain Semut Merah itu menunjukkan permainan yang luar biasa walaupun sudah ketinggalan dengan tiga gol dan kehilangan seorang pemain akibat dikenakan kad merah.

"Walaupun kita ketinggalan tiga gol pada separuh masa pertama dan kehilangan seorang pemain, saya tetap positif mereka mampu menjaringkan gol pada suku akhir kedua, kita boleh nampak pemain bermain dengan baik dan berjaya menyerap tekanan serta dapat menjaringkan gol pertama."

"Saya pasti akan ada kejutan yang diberikan tetapi ia bukan mudah dengan hanya membawa bekalan satu gol ke tempat lawan kerana Kedah mempunyai pemain yang bagus dan bermain di tempat sendiri ini akan memberi kelebihan kepada mereka," katanya pada sidang media selepas pasukan itu kalah 3-1 pada aksi suku akhir pertama, malam tadi.

Dalam pada itu, Rajagobal yakin pasukannya mampu bermain dalam keadaan tertekan kerana Kedah bermain di laman sendiri dan tekanan juga diberikan oleh penyokong sendiri kepada skuad Helang Merah itu.

"Kita ada pemain yang sudah biasa bermain dalam keadaan seperti ini dan apa yang saya mahu ialah pemain melupakan kekalahan ini dan pergi ke Darul Aman dan bermain dengan sebaik mungkin," katanya.


--Bernama

Lihat Komen
ADS