Johor Darul Ta’zim II (JDT II) memulakan kempen Piala Cabaran 2019 dengan langkah kanan apabila mengalahkan Sarawak 3-1 pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, di Johor Bahru, malam tadi.

Bagaimanapun, Sarawak melakukan kejutan awal dengan membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi jaringan Nor Azizi Ramlee sebelum​​​​​, Nicolas Fernandez menyamakan kedudukan pada minit ke-26 apabila dengan pantas menanduk masuk hantaran silang dari Muhammad Fazly Mazlan.

Pada masa tambahan babak pertama, JDT II sempat menambahkan satu lagi jaringan melalui Md Rozaimi Abd Rahman untuk mendahului 2-1.

Di babak kedua, perlawanan berlangsung lebih getir apabila banyak percubaan dihasilkan oleh JDT II namun hanya pada minit-58, gol ketiga pasukan itu hadir menerusi pemain Mohammad Gaddar.

- Bernama