Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Zaid: Rakyat M'sia jaring 3 gol lawan kebencian, perkauman
Diterbitkan:  Sep 6, 2019 2:43 PM
Dikemaskini: 6:43 AM

Di tengah-tengah ketegangan hubungan antara kaum, rakyat Malaysia malam tadi meraikan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan menundukkan musuh tradisi, Indonesia dalam aksi suung pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023. 

Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim berkata pasukan negara berjaya menjaringkan tiga gol dalam "menentang ucapan kebencian, label perkauman dan prejudis antara kaum".

Beliau berkata dua gol kemenangan Malaysia disumbangkan oleh penyerang kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh termasuk gol pada masa tambahan untuk menjadikan keputusan 3-2.

Sumareh merupakan warganegara Malaysia pada April 2018.

Zaid berkata warga Afrika di negara ini sering berdepan diskriminasi dengan memetik akhbar Sinar Harian sebelum ini mempersoalkan sumbangan mereka kepada negara.

Editorial Sinar pada Julai lalu mengulas penglibatan warga Afrika dalam aktiviti jenayah dengan merujuk mereka sebagai "Awang Hitam" dan menggesa kerajaan mengambil tindakan.

Zaid berkata mereka yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama perlu sedar bahawa jurulatih pasukan kebangsaan adalah seorang Cina kelahiran Malaysia, Tan Cheng Hoe, yang bukan beragama Islam.

Pasukan kebangsaan, katanya juga terdiri daripada pemain kelahiran Australia, Brendan Gan dan La'Vere Lawrence Corbin-Ong, yang ibu bapa kedua-duanya juga merupakan warga Malaysia.

Zaid menegaskan dalam bidang sukan khususnya, atlit berusaha keras untuk mencapai kejayaan tanpa mengira kaum dan agama.

"Mereka tidak berfikiran sempit mengenai isu-isu yang tidak relevan, bergaduh atas perkara-perkara yang tidak penting.

"Mereka mempunyai matlamat yang mulia untuk dicapai," katanya.

Lihat Komen
ADS