Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
McGregor mengidam cabar Khabib sekali lagi
Diterbitkan:  Sep 8, 2019 3:12 PM
Dikemaskini: 7:12 AM

Bekas juara dunia sukan tempul UFC dari Ireland, Conor McGregor mahukan satu perlawanan ulangan di antara dirinya dengan seteru lamanya, Khabib Nurgamedov dilangsungkan di Moscow, Rusia.

Kenyataan itu hadir selepas Khabib berjaya menundukkan pencabar dari AS, Dustin Poirier, dalam perlawanan UFC 242 yang berlangsung di Abu Dhabi awal pagi tadi.

Sejurus selepas perlawanan Khabib - Poirier berakhir McGregor memuat naik ciapan melalui akaun Twitter miliknya berbunyi: “Tempah perlawanan ulangan saya di Moscow”.

Tulisan tersebut dipercayai merujuk kepada keinginannya sekali lagi bertempur dengan Khabib selepas dia diaibkan dalam perlawanan berlangsung pada Okt tahun lalu.

Terdapat laporan dari beberapa sumber yang menyebut Khabib terbuka untuk menyahut cabaran atlet UFC yang terkenal dengan keceluparan mulutnya itu.

Khabib dan pasukannya juga dilaporkan meminta bayaran sebanyak AS$30 juta untuk merealisasikan perlawanan tersebut.

Dalam perlawanan kali pertama mereka Khabib menundukkan McGregor selepas berjaya memaksa lawannya itu mengkalah pada pusingan keempat.

 

Presiden UFC, Dana White, dalam satu kenyataan selepas perlawanan awal pagi tadi memberitahu dia tidak berhalangan perlawanan ulangan di antara kedua-duanya itu diatur.

White bagaimanapun menegaskan lawan seterusnya untuk Khabib ialah Tony Ferguson, atlet MMA dari AS.


Baca Khabib janji 'terbangkan' peminat muda ke Mekah


Pada Mac 2017, Khabib terpaksa menarik diri daripada menentang Ferguson atas sebab berat badan.

“Kita akan melihat bagaimana semuanya berjalan, seperti bilakah perlawanan seterusnya buat Khabib dan adakah Tony mahu berlawan dengannya.

“Jika Tony tidak mampu untuk berlawan di atas apa pun sebab dan alasannya, barulah kita akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya,” kata Dana. 

Lihat Komen
ADS