Wushu hadiahkan pingat kelima buat negara
Diterbitkan: Dec 2, 2019 10:55 AM
Atlet wushu negara, Loh Choon How unggul menghadiahkan pingat emas kelima Malaysia, pada hari kedua wushu dipertandingkan di World Trade Center di Manila, hari ini.
Gerakan tangkas dipamer atlet berusia 26 tahun itu nyata memukau barisan juri untuk beliau mengesahkan pingat emas dengan mengumpul 9.68 mata dalam acara taijijian lelaki.
Emas kelima disumbangkan itu sekali gus adalah pingat emas kedua peribadinya, yang sebelum ini menyumbang emas sulung negara dalam acara taijiquan lelaki, semalam.
Pingat perak menjadi milik atlet tuan rumah, Jones Llabres Inso yang mengumpul 9.65 mata.
Sementara wakil Brunei, Hosea Wong Zheng Yu terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas mengutip 9.60 mata.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.