Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Farkhan akan bertarung habis-habisan lawan peninju Tanzania esok
Diterbitkan:  Dec 28, 2019 8:54 PM
Dikemaskini: 12:54 PM

Petinju negara Muhammad Farkhan Haron akan berhabisan-habisan dalam pertarungan menentang peninju Tanzania, Pascal Abel Ndomba untuk merebut tali pinggang Juara Antara Benua, Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF).

Pertarungan mereka berdua adalah sebahagian daripada Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC) 2019 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di Iskandar Puteri esok.

Petinju berasal dari Johor itu mengakui beliau merasai tekanan untuk memenangi perlawanan itu, kerana beliau juga mempertahankan gelaran Juara Asia bagi Kelas Cruiserweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Kelas Light Heavyweight Majlis Tinju Dunia (WBC).

“Saya merasa sedikit tertekan, tetapi selaku petinju profesional dan atlet, saya perlu meletakkan diri saya dalam senario peluang 50-50 dan tidak terlalu yakin.

Tetapi yang paling penting, saya perlu memberikan segala yang saya ada untuk perlawanan ini,” katanya semasa sidang akhbar pada sesi menimbang berat badan, di Iskandar Puteri hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad Farkhan , 31, yang tidak pernah tewas dalam 10 perlawanan berkata, beliau tidak melihat untuk menang secara pukulan KO atau TKO dalam perlawanan esok menentang Ndomba yang mencatatkan 22 kemenangan secara KO daripada 24 kemenangan dalam 35 pertarungan disertainya.

“Saya tidak merancang untuk KO atau TKO … lagipun ini adalah satu daripada perlawanan besar dalam kerjaya saya...jadi macam-macam boleh berlaku.

Kerana kami tidak tahu apa yang akan berlaku esok sama ada KO atau TKO tetapi saya berharap ada peluang untuk saya menang,” katanya.

Muhammad Farkhan memperoleh tali pinggang Juara Asia Kategori Cruiserweight WBA di Singapura pada 2016 diikuti dengan tali pinggang Juara Asia Kelas Light Heavy Weight WBC di Johor Bahru pada 2017.

- Bernama

Lihat Komen
ADS