Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Malaga pecat jurulatih kerana tunjuk kemaluan depan kamera
Diterbitkan:  Jan 12, 2020 2:57 PM
Dikemaskini: 6:57 AM

Jurulatih kelab Malaga, Victor Sanchez del Amo, dilucutkan daripada tugasnya selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan agar perpisahan itu berlaku secara baik.

Pertikaian itu bermula apabila klip video lucah Del Amo tersebar di internet sejak Selasa. Ekoran insiden itu Malaga asalnya menggantung tugas bekas pemain Real Madrid itu.

“Malaga membuat keputusan untuk memecat Del Amo atas sebab-sebab disiplin,” kata Malaga dalam satu kenyataan seperti dipetik Daily Mail.

Menurut Malaga - yang kini bermain dalam divisyen dua liga Sepanyol - mereka cuba mencari penyelesaian dalam isu tersebut namun gagal. Justeru, kata kelab tersebut, mereka mengambil keputusan untuk memecat jurulatih berusia 43 tahun itu.

Jumaat lalu, semasa menjelaskan klip video yang dikaitkan dengannya itu, Del Amo mendakwa dia menjadi mangsa peras ugut.

Media melaporkan, dalam video tersebut Del Amo - yang memakai baju Malaga - dilihat menunjukkan kemaluannya kepada kamera.

“Mangsa itu ada di sini... saya adalah mangsa peras ugut, tetapi saya berani dan akan teruskan hidup untuk mengatasi masalah ini,” katanya kepada rangkaian televisyen Sepanyol, Antena 3.

Pihak polis Sepanyol pula memberitahu, seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan untuk membantu siasatan klip video tersebut dan dibebaskan selepas keterangannya diambil.

Sementara itu, Malaga menyifatkan kejadian tersebut telah meruntuhkan reputasi kelab tersebut.

“Malaga mengambil keputusan ini sebagai pertimbangan ekoran kerosakan serius dilakukan pihak yang tidak menyenangi kelab ini.

“Pemcatan ini juga dibuat untuk mengurangkan kesan buruk terhadap pasukan dan seluruh organisasi Malaga,” kata kenyataan itu lagi.

Malaga pernah sampai ke peringkat suku akhir Liga Juara-juara pada 2013 namun prestasi merudum membawa mereka ke divisyen dua. Ketika ini Malaga berada di tangga ke-16 daripada 22 pasukan yang bersaing dalam liga berkenaan.

Lihat Komen
ADS