Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Kafa lega dapat lesen beraksi
Diterbitkan:  Jan 16, 2020 2:03 PM
Dikemaskini: 8:05 AM

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akhirnya menarik nafas lega apabila permohonan lesen untuk bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) 2020 diluluskan oleh Malaysia Football League (MFL).

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata, kelulusan lesen itu melonjakkan lagi semangat pihak pengurusan pasukan untuk terus bekerja keras dalam mempersiapkan pasukan bagi mengharungi saingan Liga M musim ini.

“Walaupun diberikan kelulusan secara bersyarat, namun ia cukup menggembirakan kita.

“Alhamdulillah Kafa berjaya memenuhi lima daripada enam syarat pelesenan yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfedarasi Bola Sepak Asia (AFC),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Husin memberitahu, aspek kewangan sahaja lagi yang masih belum dipenuhi oleh Kafa yang merupakan salah satu syarat untuk mendapatkan lesen.

Namun katanya, Kafa akan terus berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi kriteria tersebut.

“Justeru, Kafa mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami dalam memenuhi aspek pelesenan bagi musim 2020,” katanya.

Lihat Komen
ADS