Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Legenda bola keranjang Kobe Bryant maut dalam nahas helikopter
Diterbitkan:  Jan 27, 2020 12:17 PM
Dikemaskini: 4:22 AM

Legenda bola keranjang Amerika Syarikat (AS) Kobe Bryant maut dalam nahas helikopter di California, semalam.

Turut terkorban adalah sembilan lagi yang menaiki helikopter peribadi itu, termasuk anak perempuannya Gianna yang berusia 13 tahun, menurut BBC.

Helikopter tersebut dlaporkan terbakar dan terhempas di bandar Calabasas.

Persatuan Bola Keranjang Amerika Syarikat (NBA) berkata pihaknya "terkejut dan berduka dengan kematian Bryant dan anaknya yang tragik."

"Selama 20 musim, Kobe menunjukkan kepada kita apa yang boleh dicapai apabila bakat besar digabungkan dengan semangat untuk mencapai kemenangan," katanya seperti dipetik.

Kobe dan Gianna

Menghabiskan seluruh kariernya buat pasukan Los Angeles Lakers, Bryant dianggap sebagai antara pemain paling hebat dalam sejarah sukan itu.

Bersama Lakers, mendiang meraih pelbagai pencapaian termasuk juara NBA sebanyak lima kali dan Pemain Paling Bernilai (MVP) pada 2008.

Dia juga menang pingat emas Olimpik sebanyak dua kali untuk sukan itu. Bryant bersara pada April 2016.

Ucapan takziah dan penghargaan memenuhi media sosial, antaranya oleh penyanyi Alicia Keys yang menyifatkan "AS dan dunia kehilangan seorang wira", manakala jaguh olahraga Usain Bolt "tidak dapat mempercayainya".

Bekas Presiden AS Barack Obama pula menyifatkan Bryant sebagai "legenda di gelanggang" dan "baru saja memulakan babak kedua dalam hidupnya".

Lihat Komen
ADS