EPL digantung hingga April
Liga Perdana Inggeris (EPL) akan digantung sehingga April ini susulan penularan pandemik koronavirus atau Covid-19 di United Kingdom, lapor portal The Guardian.
Awal hari ini, pemain Chelsea, Callum Hudson-Odoi menjadi pemain pertama liga itu yang disahkan positif coronavirus.
Berita terbabit mencetuskan kebimbangan selepas pengurus Arsenal, Mikel Arteta juga diuji positif menyebabkan pasukan mereka menjalani perintah berkurung.
Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dalam satu kenyataan hari ini turut mengumumkan semua perlawanan Liga Juara-Juara dan Liga Europa yang sepatutnya berlangsung minggu depan ditunda.
Keputusan itu diambil selepas dua daripada empat perlawanan kelompok 16 Liga Juara-Juara, aksi timbal balik - antara Manchester City dan Real Madrid, serta Juventus menentang Lyon, ditangguhkan.
“Keputusan berkenaan tarikh baharu perlawanan ini akan dimaklumkan kemudian,” kata UEFA.

