Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Pemain pertahanan City, England kantoi anjur parti liar
Diterbitkan:  Apr 6, 2020 2:16 PM
Dikemaskini: 6:16 AM

Ketika orang ramai diarah untuk berkurung di rumah kerana ancaman Covid-19, berlainan pula dengan hal pemain pertahanan Manchester City, Kyle Walker.

Pertahanan Citizen itu dilaporkan tidak menghiraukan arahan kerajaan sebaliknya menganjurkan parti liar bersama rakannya serta dua pelacur. Ia diadakan di kediaman Walker.

Menurut seorang daripada wanita terbabit, Walker, 29, membayar agar mereka datang ke premis terbabit untuk mengadakan pesta seks selama tiga jam.

Kejadian itu, kata wanita berkenaan, berlaku sehari sebelum Walker menasihatkan peminatnya agar mematuhi arahan pihak berkuasa supaya tidak meninggalkan kediaman masing-masing.

Selepas didedahkan kerakusannya, Walker kemudian mengeluarkan kenyataan permohonan maaf semalam. Namun dia berdepan hukuman termasuk denda daripada kelabnya kerana tidak menghiraukan arahan untuk menjaga kesihatan dan panduan penjarakan sosial.

Menurut laporan media, Walker berpisah dengan teman wanitanya, Annie Kilner, pada awal tahun ini selepas didapati menjalin hubungan sulit dengan seorang model, Lauryn Goodman.

Layryn didakwa sedang hamil.

Laporan Fox Sport mendakwa wanita yang diupah untuk memuaskan nafsu Walker dan rakannya itu dikenali sebagai Louise McNamara, 21, dan seorang lagi wanita Brazil berusia 24 tahun.

Kata Louise, dia tidak tahu lelaki yang melanggannya itu seorang pemain bola sepak terkenal kerana semasa bertemu, mereka diperkenalkan sebagai "Kai" saja.

"Saya bekerja dengan sebuah agensi di Manchester. Saya mendapat mesej daripada bos mengatakan ada seorang pelanggan berprofil tinggi. Saya menaiki teksi dan terus ke kediamannya.

"Rakanya menjemput saya sebaik tiba di pintu kondominium," katanya pelajar jurusan kriminologi Universiti Metropolitan Manchester itu.

Bagaimanapun semasa merokok di balkoni kediaman disewa Walker RM42,800 sebulan itu, rakan Louise ada memaklumkan, pelanggan mereka seorang pemain bola sepak.

"Saya sempat mengambil beberapa keping gambar dia," katanya.

Walker dilaporkan bersetuju membayar Louise dengan bayaran £2,200 (RM11,763) sebelum Louise meninggalkan kondominium Walker pada jam 2 pagi Rabu lalu.

Lihat Komen
ADS