Pertemuan di antara Borussia Dortmund dan Schalke malam tadi menjadi pembuka kepada saingan bola sepak di Eropah yang lama terhenti akibat wabak Covid-19.

Bertempat di Signal Idura Park kedua-dua pasukan bersaing dalam suasana serba baru dengan yang paling ketara ialah, tiada sebarang sorakan atau jeritan pentonton.

Mereka bermain dengan hanya disaksikan pegawai perlawanan serta kakitangan kelab saja. Namun bukanlah tiada penonton yang berminat, sebaliknya perlawanan itu tetap mendapat perhatian ramai.

Cumanya mereka menyaksikan perlawanan tersebut di kaca TV.

Setiap pasukan pula dibenarkan membuat sehingga lima pertukaran pemain di sepanjang perlawanan berkenaan.

Pemain yang berada di bangku simpanan pula mengenakan pelitup muka.

Perturan itu dibuat sebagai langkah mengurangkan risiko kecederaan ke atas pemain selepas mereka 'berehat' lama daripada persaingan liga.

Ia dimanfaatkan kedua-dua pasukan dengan Schalke menggunakan kuota berkenaan sepenuhnya, manakala Borussia Dortmund melakukan empat pemain.

Perlawanan berkesudahan dengan Schalke terkulai 0-4. Raphael Guerreiro menyumbang dua gol masing-masing pada minit ke-45 dan 63, manakala gol pembukaan dicetuskan oleh Erling Braut Haaland seawal minit ke-29. Satyu lagi gol disempurnakan pemain antarabangsa Belgium, Thorgan Hazard.

Kemenangan itu membolehkan Dortmund memperoleh 54 mata daripada 26 perlawanan. Pendahulu liga, Bayern Munich pula memiliki 55 mata daripada 25 perlawanan.

Bayern akan bertemu Union Berlin yang kini berada di kedudukan ke-12 Bundesliga tengah malam ini.