Malaysiakini
SUKAN

Sultan Selangor berkenan beli kasut emas Khalid Jamlus

Bernama

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Sep 2020, 6:42 pagi

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli kasut emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus, pada satu nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Menurut akaun media sosial rasmi Selangor Royal Official hari ini, majlis penyerahan ringkas tersebut berlangsung di Istana Alam Shah, Klang.

Baginda juga berkenan agar trofi kasut emas yang dimenangi Khalid pada tahun 2002 itu diletakkan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor yang terletak di perkarangan Istana Alam Shah.

Untuk rekod, Khalid pernah mewakili pasukan Selangor dalam Liga Perdana pada musim 2005-2006.

Khalid, yang juga bekas pemain Perak, merangkul anugerah Kasut Emas selepas menjaringkan 17 gol ketika membantu Perak muncul juara Liga Perdana 1 pada musim 2002.

Sebelum ini, media melaporkan bekas penyerang kebangsaan itu meletakkan harga RM10,500 menerusi bidaan secara langsung di Facebook miliknya, setelah menganggur selama tiga tahun dan kontraknya sebagai penolong jurulatih pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak disambung.

-Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.