Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Kerajaan Argentina pada hari ini mengumumkan negara itu berkabung tiga hari atas kematian lagenda bola sepak Diego Armando Maradona, lapor agensi berita Xinhua.

"Presiden memutuskan seluruh negara akan berkabung tiga hari bermula dari hari (kematiannya)," kata kenyataan pejabat presiden.

Maradona meninggal dunia pada malam tadi (waktu Malaysia) akibat serangan jantung di kediamannya di daerah Tigre, utara Buenos Aires.

Bekas pemain dan jurulatih pasukan bola sepak Gimnasia y Esgrima La Plata itu pernah menjalani pembedahan selepas diserang strok pada awal November.

Maradona menyambut hari lahirnya ke-60 pada 30 Oktober.

- Bernama

Lihat Komen
ADS