Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Tiba masa guna bulu tangkis sintetik - Perangsang S'gor
Diterbitkan:  Dec 13, 2020 9:29 PM
Dikemaskini: 1:29 PM

Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) telah memulakan satu inisiatif pembangunan mampan dan mesra alam, iaitu dengan mempromosikan penggunaan bulu tangkis sintetik, untuk permainan badminton

Pengarah Bersekutu Perhubungan Pelabur dan Komunikasi Strategik Perangsang Selangor Mohd Fauzi Mohd Ghazali hari ini, menggesa para penganjur kejohanan dan pemain untuk menggunakan bulu tangkis sintetik, yang lebih tahan, murah dan mengurangkan kekejaman terhadap haiwan.

“Untuk menghasilkan satu dozen bulu tangkis, bulu daripada 48 ekor angsa dicabut daripada haiwan itu ketika ia masih hidup. Jadi hari ini kita mula mempromosikan penggunaan bulu tangkis sintetik.

“Bulu tangkis ini adalah kira-kira 40-50 peratus lebih murah dan boleh tahan lebih lama. Ini satu peluang untuk semua pihak terlibat dalam badminton, untuk memainkan peranan mereka dalam menjaga persekitaran dan mengurangkan kekejaman terhadap haiwan,” katanya kepada Bernama selepas pelanaran kempen itu di SUngai Buloh hari ini.

Kira-kira 50 peminat badminton menyertai kempen itu secara fizikal dan juga maya, termasuk dua pemain badminton pekak negara Boon Wei Ying dan Muhammad Shafiq Hassan, selain pemain beregu negara Chow Mei Kuan, yang bersiaran daripada Akademi Badminton Malaysia.

Mohd Fauzi berkata kedua pemain pekak itu ditaja oleh Perangsang Selangor akan mula menggunakan bulu tangkis sintetik untuk latihan mereka bermula tahun hadapan.

Beliau berkata, kumpulan itu juga terlibat dalam pelbagai usaha penjagaan persekitaran termasuk sisa kumbahan, pengurusan air, kecekapan tenaga, pembersihan pantai dan penanaman pokok.

Sementara itu Muhammad Shafiq yang mencuba bulu tangksi tiruan itu, menerusi seorang juru bahasa menyatakan, bola itu lebih berat, tahan lama dan bagus untuk penjagaan persekitaran berbanding penggunaan bulu tangkis biasa.

Pada Januari tahun ini, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah meluluskan penggunaan bulu tangkis sintetik untuk kejohaan bermula awal 2021, selepas ia diuji dalam tiga kejohanan antarabangsa pada 2018, namun disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, tidak dapat dipastikan sama ada badan dunia itu akan terus mengekalkan keputusan tersebut.

Selalunya dihasilkan menggunakan bulu angsa dan itik, sehingga 24 bulu tangkis boleh digunakan dalam perlawanan ketika pertandingan, di mana BWF mendakwa boleh dikurangkan sehingga 25 peratus.

- Bernama

Lihat Komen
ADS