Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Shebby Singh meninggal dunia di Johor
Diterbitkan:  Jan 12, 2022 9:49 PM
Dikemaskini: 1:49 PM

Bekas pemain skuad bola sepak negara, Serbegeth Singh, meninggal dunia selepas pengsan dan terjatuh semasa berbasikal di Kledang, Johor petang tadi.

Dia yang lebih dikenali dengan panggila Shebby Singh, 61, dikatakan mengalami masalah sesak nafas sebelum itu.

Menurut laporan The Star mendiang menghembus nafas terakhir kerana serangan jantung.

Semasa zaman mudanya dia menyarung jersi kebangsaan antara 1982 hingga 1991 dan pernah beraksi untuk pasukan Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak sebelum bersara pada 1996.

Dia kekal berada dalam lingkungan bola sepak apabila sering menjadi hos atau tetamu dalam program sukan selain pernah mengendalikan skuad kebangsaan serta penasihat kelab global Blackburn Rovers pada 2012.

Lihat Komen
ADS