Malaysia tidak pulang tangan kosong dalam Piala Asia Bawah-17 selepas menewaskan Laos dengan keputusan 2-1 di Stadium Thammasat di Pathum Thani, Thailand malam ini.

Kedua-dua gol skuad negara dijaringkan penyerang Dainei Mat Disa pada minit ke-43 dan ke-78.

Jaringan Laos pula menerusi Sayfon Keohanam pada minit ke-12.

Malaysia gagal melangkah ke suku akhir selepas tewas dengan keputusan 0-4 kepada Yaman dan 0-3 kepada Thailand.