Kejohanan Pingpong Belia Asia ke-27 bermula
Kejohanan Pingpong Belia Asia ke-27 bermula pada Isnin, dengan penyertaan 213 pemain dari 24 negara.
Acara itu berlangsung di Dewan Sukan Wanita Aspire sehingga 22 Julai, menurut Agensi Berita Qatar (QNA).
Pertandingan pusingan awal, kedua dan ketiga bermula pada Isnin dengan pusingan suku dan separuh akhir dijadualkan pada Selasa.
Perlawanan akhir bagi semua kategori akan diadakan pada Rabu.
Pertandingan perseorangan, beregu dan beregu campuran dalam kategori bawah 15 dan bawah 19 akan bermula pada Khamis dan perlawanan akhir berlangsung pada Sabtu depan.
Pengarah Kejohanan dan Penolong Setiausaha Persatuan Pingpong Qatar (QTTA) Ali Sultan Al Muftah berkata kejohanan itu merupakan peluang unik untuk remaja lelaki dan wanita bersaing dan menyerlah dalam sukan itu.
Al Muftah berkata kejohanan itu turut mencerminkan visi Qatar dalam sektor sukan dan komitmennya untuk membangunkan bakat muda dalam pelbagai bidang sukan.
- Bernama-QNA
/file/966/21fb96be1c2c25f6e2ddea9b67705f34.jpg)
