Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
EPL larang bendera Palestin, Israel dikibar pada perlawanan minggu ini
Diterbitkan:  Oct 20, 2023 8:49 PM
Dikemaskini: 12:49 PM

Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Bolasepak Inggeris (EFL) melarang bendera Palestin dan Israel ditunjukkan ketika perlawanan bola sepak hujung minggu ini.

Menurut laporan The Independent semalam, pihak Liga Perdana telah memaklumkan kepada kelab yang para penyokong dilarang membawa bendera tersebut ke stadium bagi menghalang sebarang insiden berlaku.

Bagi memperingati mangsa konflik yang sedang berlaku, media British melaporkan pemain, kakitangan dan pengadil akan memakai kain lilit lengan berwarna hitam.

Mereka juga akan bertafakur sebelum sepak mula.

Larangan membawa bendera itu dibuat selepas rundingan dengan pakar keselamatan serta kelab bola sepak dan selari dengan pendekatan Persatuan Bola Sepak England (FA) yang melarang bendera dipamerkan ketika perlawanan melibatkan England di Stadium Wembley.

Dalam perkembangan berkaitan, Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) mengumumkan pihaknya tidak akan menganjurkan perlawanan bola sepak di Israel buat sementara sehingga diberitahu kelak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS