Tolak gaji dan jadi naib juara Piala Dunia, ini komen Wallace Tan
Jurulatih skuad hoki lima sebelah (5s) lelaki, yang merangkul tempat kedua dalam Piala Dunia semalam, menolak elaun kerana tidak mahu membebankan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).
Wallace Tan berkata dia tekad membantu pasukan negara beraksi cemerlang tanpa membebankan badan induk itu.
"Sejak saya dengar pengumuman penganjuran Piala Dunia Hoki 5s 2024, saya memang tekad bantu pasukan Malaysia, itulah yang saya perlu buat," kata Wallace seperti dilaporkan Bernama.

Terdahulu Presiden KHM Subahan Kamal berkata skuad hoki 5s lelaki dan wanita hanya menerima sedikit elaun berikutan masalah badan induk itu.
Berita Harian melaporkan Subahan mendedahkan Tan enggan mengambil gaji dan KHM hanya membayar elaun makan.
"Saya memang terharu apatah lagi Wallace Tan sendiri enggan mengambil bayaran gaji dan kami hanya membayarnya elaun makan.
"Bukan kami tidak memberi gaji tetapi Wallace faham situasi dan menolaknya dan gembira untuk berbakti kepada negara sebagai jurulatih," kata Subahan.
Stadium Astro pula melaporkan pemain skuad 5s hanya meraih elaun latihan RM40 sehari tetapi memberikan komitmen penuh tanpa rungutan.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam menghantar permohonan RM3.9 juta kepada Kementerian Kewangan (MOF) bagi program latihan dan pembangunan sukan itu untuk tempoh lima tahun.

Malaysia muncul naib juara edisi sulung Piala Dunia Hoki 5s 2024 pada awal pagi Khamis selepas tewas 2-5 kepada gergasi Eropah, Belanda dalam kejohanan di Oman.
‘Kami dididik main demi negara’
Sementara itu, kapten Mohamad Akhimullah Anuar Esook yang juga pemain terbaik kejohanan berkata pasukannya dididik berjuang bermati-matian meskipun memperoleh elaun yang sedikit.
"Elaun bukan masalah bagi kami sebab kami dididik bermain untuk negara.
“Dari segi elaun dan dana kami tolak ke tepi, kami fokus kepada perjuangan dan setiap perlawanan," katanya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/02/f6405306f4741828cb2e889da7215b78.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/05/185ff973fb1ca8c862bf5042ecfcfa9f.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/02/f6405306f4741828cb2e889da7215b78.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/02/bd0f43469d63d61f686c14561fd51383.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/10/571679eb1b41fd5632e64311bf93a7b6.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/01/a18368df4fcc8d725ae19edd729d4da1.jpg)