Malaysia mencatatkan kekalahan kedua dalam aksi pemanas badan menjelang Piala Asia Bawah 23 tahun di Qatar yang akan bermula minggu depan.

Dalam aksi malam tadi, Harimau Muda tewas 0-1 di tangan tuan rumah, juga melalui sepakan penalti.

Dalam perlawanan sebelum ini, Malaysia yang dipimpin Juan Torres Garrido dari Sepanyol kecundang 1-2 dengan Cina yang berjaya menyempurnakan dua sepakan penalti.

Walaupun kalah tipis dalam dua-dua perlawanan, insiden kekerasan sehingga memberikan sepakan penalti kepada lawan itu menggusarkan peminat.

Rata-rata pemain, khususnya pasukan pertahanan harus lebih berhati-hati supaya tidak memberikan gol mudah mudah melalui sepakan penalti kepada lawan.

Qatar mendapat gol sulung menerusi sepakan penalti Ahmed Husam pada minit ke-45.

Malaysia lebih giat menyerang pada separuh masa kedua tetapi tidak berjaya.