Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Selamat pengantin baru Stacy, Akim
Diterbitkan:  Feb 5, 2016 4:29 PM
Dikemaskini: 8:49 AM

Ucapan tahniah dan doa kebahagiaan untuk pasangan Stacy Anam - Akim Ahmad mencurah-curah sejak sebelum pasangan itu diijabkabulkan hingga selepas majlis pernikahan mereka selesai di di Kota Kinabalu, Sabah pagi tadi.

Dalam Facebook Stacy - atau kini menggunakan nama Ummu Shaikhah Stacy Anam - gambar majlis pernikahan itu menjadi hangat dengan kata-kata pujian peminatnya.

Salah satu gambar itu mendapat hingga lebih 20,800 like, 320 komen dan dikongsi oleh 517 kali.

“Love - “#AkimStacyWedding,” tulis pengendali akaun itu sebagai kapsyen pada gambar berkenaan.

Ini pula antara reaksi peminat:

“Tahniah Stacy dan Akim.

“Suka tengok Stacy dan Akim, pasangan sesuai. Semoga Akim menjaga Stacy dengan baik. Selamat pengantin baru,” tulis pengguna akaun @Farra.

Pengguna akaun @Olmie Razemie pula menyatakan perasaan gembira selepas melihat gambar pasangan berkenaan selain bersyukur dengan detik manis itu.

“Tahniah Stacy, terlihat dari pancaran mata Akim yang dia terlalu menyayangi Stacy.

“Amin, bertambah umat Islam, syukur urusan dipermudahkan..jodoh mereka,” tulisnya.

LOVE #AkimStacyWedding

Posted by Stacy Angie on Thursday, February 4, 2016

Manakala pengguna akaun @Naimah Hj Ismail pula meminta Akim menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan baik, malahan mengharapkan pasangan itu dapat menyelesaikan konflik yang timbul secara matang.

“Tahniah Akim dan Stacy, semoga kekal abadi buat selamanya selain tabah menghadapi cabaran berumah tangga.

“Yang penting, bertolak-ansur dalam apa jua masalah, dan berbahagia hendaknya, amin.

“Manis sungguh Stacy pakai tudung, tidak jemu mata memandang, teruskan sebab comel,” katanya.

Akim selamat bergelar suami kepada Stacy, 26, di majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Hotel Shangri-La, Tanjug Aru pada pukul 10.15 pagi tadi.

Pemilik nama sebenar Afiq Akim Ahmad, 25, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, sementara wang hantaran tidak dinyatakan.

Dua bintang Akademi Fantasia yang mengenakan busana berwarna putih itu dinikahkan oleh jurunikah dari Jabatan Agama Islam Negeri Sabah, Matlin Dimin.

Dalam acara akad nikah itu, Stacy diwalikan oleh abangnya iatu Mohd Adam Hakimi Anam.

Stacy memeluk Islam di Johor Bahru , Johor pada 25 Ogos tahun lalu.

Dari pihak #TEAMSGS kami mengucapkan Tahniah untuk best couple of the year Stacy & Akim. Pelbagai dugaan yang kamu lalui sepanjang 7tahun ni, dugaan yang mungkin orang lain tidak lalui. Terima kasih kerana kuat dan semoga pernikahan ini akan kekal sepanjang hayat. Amin 󾌵 -ADMIN-

Posted by Stacy Angie on Thursday, February 4, 2016

Lihat Komen
ADS