Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Norza sebak di luar mahkamah
Diterbitkan:  Mar 13, 2009 3:19 PM
Dikemaskini: 7:38 AM

Datuk Mohamad Norza Zakaria yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh hari ini atas dua tuduhan rasuah, berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hanya disebabkan oleh kes yang dihadapinya itu.

Sebaliknya, kata Mohamad Norza, beliau akan terus bertanding jawatan berkenaan dalam pemilihan Umno hujung bulan ini dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya.

Dua tuduhan rasuah itu didakwa dilakukannya pada 6.30 petang 20 Januari lalu di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh.

Sambil menitiskan air mata, Mohamad Norza yang ditemui pemberita selepas kesnya disebut di mahkamah, berkata beliau berasa amat sedih terhadap perkara yang berlaku ke atas dirinya hari ini kerana menganggapkan beliau banyak berjasa kepada parti.

Mohamad Norza yang ditenangkan oleh beberapa pengikutnya, berkata beliau akan akur dengan apa jua keputusan mahkamah berhubung kes itu nanti.

ADS