Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS menyifatkan tindakan pihak yang mempertikaikan penubuhan jawatankuasa pemandu bagi menasihati hal ehwal Kedah atas alasan ia tidak mendapat perkenan Sultan sebagai ''tidak tahu undang-undang''.

Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali ( bawah ) berkata, penubuhan jawatankuasa itu langsung tiada kena mengena dengan pentadbiran negeri malah ia pernah ditubuhkan sebelum ini.

pas muktamar 130610 mustafa ali "Mungkin pemimpin PAS Pusat yang akan ada (dalam jawatankuasa) dalam lima orang.

"Kita hanya bagi nasihat dan pandangan. Langsung tak campur tangan. Kita sudah lama amalkan jawatankuasa pemandu ini," katanya.

PAS sebelum ini, pernah menubuhkan jawatankuasa pemandu pada tahun 1990 ketika menang di Kelantan. Bagaimanapun ia tidak diteruskan selepas 2008 kerana keadaan sudah stabil.

Semalam, media membangkitkan persoalan adakah PAS telah mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, selaku Sultan Kedah sebelum jawatankuasa pemandu itu ditubuhkan.

Menurut artikel itu lagi, ia seolah-oleh menunjukkan bahawa jawatankuasa pemandu telah mengambil alih kuasa menteri besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang telah mendapat perkenan Sultan untuk mentadbir Kedah.

salehuddin ayub, vice president pas Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ( kanan ) pula berkata, tindakan itu tidak perlu diambil kerana sebagai badan penasihat, jawatankuasa itu langsung tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri.

"Kita cuma akan menasihatkan dan memberi input-input sebagai nilai tambah bagi memperkasakan lagi peranan parti. Kita tidak akan campur tangan dalam pentadbiran negeri. Itu hak eksklusif.

"Saya harap pihak lain jangan risau. Tidak ada di dalam perlembagaan yang mengatakan kita boleh campur tangan. Jawatankuasa ini hanya seperti spirit community (semangat muhibbah) bagi memantau perkara urus tadbir pemimpin parti daripada parti," jelasnya.

Libatkan profesional, bekas penjawat awam

Ditanya tentang keanggotaannya, Salahuddin mendedahkan ia akan melibatkan golongan profesional dan bekas penjawat awam selain pimpinan Pusat PAS.

"Mungkin yang akan terlibat dalam jawatankuasa itu ialah mereka yang ada pengalaman dalam pentadbiran kerajaan, peguam kanan dan juga tokoh-tokoh yang berpengalaman...

"Saya tak dapat beritahu (senarai nama) sekarang. Kita akan bermesyuarat dulu," kata Salahuddin ketika dihubungi Malaysiakini .

Jawatankuasa Pusat PAS dijadual bermesyuarat pada 12 Mac untuk membincangkan keanggotaan jawatankuasa itu dan membuat pelantikan.

ADS