Panglima: 9 mayat yang ditemui terbunuh Jumaat

Panglima angkatan tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menjelaskan bahawa timbunan mayat ditemui dalam satu lahad di Kampung Tanduo adalah korban dalam pertempuran yang berlaku di antara pasukan keselamatan dan penceroboh Filipina sebelum Ops Daulat dilancarkan.

Katanya, 12 penceroboh berkenaan terbunuh ketika pertempuran pada 1 Mac.

Namun, pasukan keselamatan hanya menemui sembilan mayat di dalam lahad tersebut, katanya.

Pasukan keselamatan percaya terdapat tiga lagi mayat yang kini sedang dikesan, tambahnya.

Mayat berkenaan mungkin telah dikebumikan atau dibawa ke kawasan lain yang tidak diketahui, katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence petang ini.

Jumlah penceroboh yang dibunuh sejak konflik ini bermula adalah 13 orang, termasuk seorang yang ditembak mati pagi ini.

Terdahulu, dua menteri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan gambar menunjukkan bukti kematian berkenaan dalam satu sidang media petang ini.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.