Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kalaulah Lynas melalui saluran yang betul untuk membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa loji penapisan nadir bumi adalah selamat, maka Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack tidak akan ada masalah dengannya.

Bercakap kepada pemberita selepas disahkan sebagai calon DAP bagi kerusi Parlimen Bentong, Wong berkata, loji itu kini beroperasi kerana syarikat tersebut menggunakan kaedah "pintu belakang" untuk mendapatkan kelulusan.

Wong, wajah yang paling dikenali dalam gerakan anti-Lynas, berkata kaedah itu telah membolehkan syarikat tersebut memperolehi lesen operasi sementara (TOL) walaupun terdapat banyak persoalan, seperti butiran pelan pelupusan sisa, yang dibangkitkan oleh orang ramai.

Pentadbiran BN yang ada sekarang bertanggungjawab terhadap perkara itu, kata Wong, yang pernah mahu loji itu dibakar dan kemudian memohon maaf atas kenyataannya itu.

NONE Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai janji Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) kepada sebuah akhbar Australia bahawa Pakatan Rakyat akan membenarkan loji itu beroperasi sekiranya ia terbukti selamat oleh siasatan baru.

Menurut Wong lagi, perkara pertama (yang patut dilakukan) ialah membatalkan lesen (operasi sementara) dan membuka pintu depan untuk Lynas masuk

"Jika Lynas boleh melalui proses yang betul dan menyediakan satu penilaian terperinci impak alam sekitar yang mematuhi undang-undang dan prosedur kita, mengapa tidak?"

Katanya, jika Lynas mempunyai wang untuk menyediakan satu proses pengurusan sisa yang 100 peratus selamat, dan sekiranya Lynas boleh melabur untuk mengubah iklim Malaysia dan mencari sebuah gurun di negara ini, "maka datanglah ke sini dan buka loji anda."

[Baca berita penuh]

1. Bentong: Wong Tack tanding tiket DAP

4. Wong Tack ancam akan bakar loji Lynas jika...

2. Wong Tack minta maaf kenyataan 'bakar loji Lynas'

ADS