Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hasan: Beri peluang PAS terajui k'jaan S'gor

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata Pakatan Rakyat Selangor harus memberi peluang kepada PAS menerajui negeri itu ekoran kejayaan parti itu memenangi 15 kerusi DUN dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

PAS berjaya menambah tujuh kerusi DUN berbanding lapan kerusi sebelum ini, manakala PKR yang mengetuai kerajaan negeri penggal lalu hanya menambah satu kerusi kepada 14, manakala DAP pula menang 15 berbanding 13 kerusi pada 2008.   

Dr Hasan berkata kejayaan PAS menambah penguasaan kerusi dalam dewan undangan negeri (DUN) Selangor membuktikan peningkatan pengaruh mereka di negeri itu berbanding

dua sekutunya.

    

"PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada PAS. PKR kena berjiwa besar," katanya kepada Bernama.

    

Hasan yang pernah menjadi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat

Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor sebelum dipecat daripada PAS pada Januari 2012, turut menggesa pakatan itu berpegang kepada semangat setiakawan.

    

Beliau merujuk kepada desas-desus jawatan menteri besar itu diintai oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    

Hasan turut menyenaraikan nama-nama anggota dewan undangan negeri (Adun) PAS yang layak mengisi jawatan itu, antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan.

    

Sallehen, 46, ialah pendakwah bebas dan juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor manakala Mohd Khairuddin, 42, merupakan Setiausaha Perhubungan PAS  Selangor, dan Dr Ahmad Yunus, 48, ialah Yang Dipertua PAS Kuala Langat.

    

Abdul Khalid pada sidang akhbar semalam memberitahu calon Menteri Besar Selangor akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan dalam masa seminggu ini.

    

"Soal pentingnya bakal calon MB (menteri besar) mesti diterima dan diperkenan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya.

Dalam PRU13, PAS berjaya mengekalkan Kelantan tetapi gagal mempertahankan  negeri Kedah yang dirampas semula oleh BN.

Bernama

 1. Mukhriz angkat sumpah jawatan MB Kedah

2. PAS hilang Kedah, merosot di Kelantan

3. 'PAS kalah bukan kerana pergeseran Azizan-Phahrolrazi'

4. '5 tahun bawah Pakatan 'macam-macam hal berlaku'

 

ADS