Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP kritik polis iringi protes Pemuda MCA di HQ DAP
Diterbitkan:  Mar 21, 2015 7:00 PM
Dikemaskini: Mar 22, 2015 2:33 PM

Seorang ahli Parlimen DAP mengkritik pihak polis apabila motosikal peronda polis didakwanya dilihat mengiringi konvoi Pemuda MCA untuk mengadakan protes di ibu pejabat DAP berhubung enakman hudud semalam.

 
Pemuda MCA yang mengadakan protes itu semalam telah menyerahkan surat peletakan jawatan untuk wakil rakyat DAP kerana mendakwa mereka tidak menghalang pembentangan enakmen hudud Kelantan.

"Tetapi apa yang menghairankan ialah sekurang-kurangnya dua motosikal polis berkuasa tinggi dilihat mengiringi konvoi kereta mewah Pemuda MCA pagi semalam," kata Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.

"Kenapa pula pihak polis tidak menyediakan khidmat pengiring untuk perhimpunan aman yang dianjurkan oleh BERSIH serta perhimpunan Kita Lawan baru-baru ini yang ternyata berakhir secara aman tanpa provokasi pihak polis.

"Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar seharusnya mengingatkan anggotanya agar tidak menjadi budak suruhan MCA kerana yang membayar gaji mereka adalah rakyat, dan bukan MCA," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim (kiri) secara berseloroh berkata beliau gembira MCA menyokong idea perhimpunan aman dan berharap parti komponen BN itu tidak akan mengkritik perhimpunan aman pada masa akan datang.

"Selepas ini MCA tidak perlu lagi mengutuk sebarang perhimpunan aman di Malaysia, malah seharusnya menyokong mereka yang berhimpun secara aman serta mengambil bahagian dalam perhimpunan-perhimpunan rakyat pada masa akan datang,"

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS