Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Umno bahagian Kluang hari ini meluluskan usul menggesa Majlis Tertinggi parti itu menjelaskan kontroversi 1MDB kepada ahli-ahlinya.

Usul kedua pula menggesa Putrajaya untuk menurunkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dari 6 peratus kepada 3 peratus bagi menangani isu membabitkan kos kehidupan.

Ini diluluskan semasa mesyuarat  perwakilan tahunan Umno bahagian Kluang hari ini.

Ketua Umno bahagian Kluang, Jais Sardy (gambar kiri) berkata terdapat banyak usul yang dikemukakan oleh pihak cawangan dan pemimpin bahagian telah meringkaskannya ke dalam dua usul.

Katanya, usul yang dicadangkan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu telah dikeluarkan.

"Terdapat banyak isu-isu yang dikemukakan oleh pihak cawangan, kita diringkaskannya melalui kedua-dua usul tersebut," kata Jais, yang juga ADUN Mahkota.

Umno cawangan Ilham Dato' Amar telah menggesa Najib untuk memberikan penjelasan mengenai kes pembunuhan Altantuya, kontroversi 1MDB dan jet VIP baru kerajaan.

Usul-usul itu dimasukkan ke dalam buku kecil yang diedarkan kepada media dan perwakilan parti.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sambutan hangat ketika hadir merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno bahagian tersebut.

Muhyiddin telah digugurkan sebagai timbalan presiden Umno dipercayai kritikan berhubung isu 1MDB.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS