Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AG kembalikan kertas siasatan RM2.6b, SRC kepada SPRM
Diterbitkan:  Jan 18, 2016 4:16 PM
Dikemaskini: 8:24 AM

Kertas siasatan dua kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dikembalikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, hari ini.

Kedua-dua kes itu adalah siasatan RM2.6 bilion yang dimasukan ke akaun bank peribadi Najib dan RM42 juta yang didakwa disalurkan kepada Najib, melalui bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

“Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, Jabatan ini telah pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM.

“Jabatan ini juga telah mengarahkan agar kertas-kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat,” kata Apandi pada satu kenyataan media hari ini.

Kertas siasatan berkenaan dikemukakan oleh SPRM pada 31 Dis, 2015.

Antara lain, SPRM sebelum ini juga merakamkan kenyataan pengarah SRC International dan dan Najib.

SPRM sebelum ini berkata siasatan awal menunjukkan dana RM2.6 bilion itu adalah sumbangan politik.

Najib berkata ia adalah daripada lebih satu sumber tetapi enggan mendedahkan penyumbang berkenaan dan pecahan jumlah derma berkenaan.

Beliau juga menafikan sebarang salah laku.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS