Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pegawai kanan polis didakwa gagal isytihar komisyen RM1j
Diterbitkan:  Jan 22, 2016 10:55 AM
Dikemaskini: 5:18 AM

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur (JSJKL), Datuk Ku Chin Wah, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau didakwa agal mengisytiharkan perolehan komisyen berjumlah RM961,500 tiga tahun lalu.

Ku yang didakwa mengikut Seksyen 49(1) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 membuat pengakuan tidak bersalah.

Tertuduh didakwa gagal membuat perisytiharan itu melalui surat akuan bersumpah bertarikh 8 Januari 2014.

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Nasir Nordin, Ku didakwa gagal mengisytiharkan perolehan dari ‘komisen’ berjumlah RM961,500 di dalam Surat Akuan Bersumpah yang bertarikh 8 Januari 2014.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 23 Disember 2013 dan Januari 2014 di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di Putrajaya.

Ku kini bertugas sebagai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sejak tahun 2014.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi yang dijumpai selepas kertas pertuduhan dibacakan berkata, butiran kes akan didedahkan semasa perbicaraan.

Jika bersalah beliau boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Muhammad Saifuddin menawarkan jaminan RM100,000 kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius dan membabitkan jumlah yang tinggi.

Bagaimanapun, peguam bela, Datuk Geethan Ram Vincent memohon supaya jumlah itu dikurangkan dan mahkamah menetapkan jumlah yang munasabah.

Hakim kemudian menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM30,000 dan menetapkan sebutan kes pada 23 Februari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS