Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadi: Hanya tuhan saja tahu masa depan blok ketiga

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas kenyataan pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang yang memperlekehkan sekutu baru parti itu, Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dalam blok ketiga pembangkang, hari ini.

Mengulas kenyataan Lim bahawa “dalam politik, kosong campur kosong adalah tetap bersamaan dengan kosong ”, Hadi berkata hanya tuhan sahaja yang tahu masa depan mereka.

“Yang tahu masa depan (PAS dan IKATAN) hanya tuhan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

PAS hari ini mengesahkan pembentukan blok baru pembangkang dengan mengadakan kerjasama dengan IKATAN.

Pada sidang akhbar itu, Hadi juga ditanya adakah blok baru pembangkang itu akan memecahbelahkan bangsa Melayu.

"Selama ini Melayu dah berpecah bukan sebab kita. Apa yang kita lakukan adalah untuk menyatukan Melayu dan semua kaum di Malaysia.

"Kalau PAS dapat majoriti besar sekalipun tidak boleh tinggalkan kaum lain," katanya.

PAS hari ini mengesahkan pembentukan blok baru pembangkang dengan mengadakan kerjasama dengan IKATAN.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang hadir sama berkata, pertemuan hari ini "membuka ruang ke arah pembinaan kumpulan persefahaman" yang lebih tersusun.

Lihat Komen
ADS